Tuesday, 3 February 2015

19 Sept 2014 - Buah Tangan Dari Mama

Bila dah ada anak ni.. Pergi mana2 pun muka anak jugak yg kita nampak..
Terfikir apa buah tangan nk bawak dr Singapore..

Nasib staf di Singapore ni beri cadangan me kedai permainan..mmg lah kat kl ada, tp bagi anak kecil, dia akan seronok bila jumpa mama nnti ada sesuatu yg menarik untuknya..
 
Pusing2 dlm kedai mainan tu mama jumpa sesuatu yg mama pasti anak mama pasti suka pasti teruja..
Yeahh.. Tepat pilihan mama.. So appreciate.. Senyum lebar dia
sesungguhnya senyumanmu sgt membahagiakan mama syg ku adam haikal.
 

17 Sept 2014 - 16w Tugas di Singapore

16 minggu usia kandungan.
.Alhamdulillah..jika dilihat secara zahir kandungan mama seperti baik2 sahaja..
Tiada tanda2 lemah lg.. Cuma seperti biasa, saiz baby agak kecil..tp rahim semua dh ok..
 
Diberi tugas untuk menjalankan audit di Singapore, tetapi bos tanye terlebih dahulu samada boleh atau tidak sbb sedang pregnant kan..
Issh.. Gila kot kata xnak.. Mestilah laju je kata nak.. Everything is free except shopping..
 
Maka dgn itu terbanglah mama ke Singapore.. Peghhh.. Mama mcm org bujang jer ke sana.. Hilang mabuk kepayang mama bila berjalan.. Kalau duduk rumah tu asyik muntah2 jer..
Hehe.. Baby ni suka berjalan ni.. X sedar dlm perut tu sudah 4 bulan..
 
Sampai jer Singapore mama terus pergi ke Universal Studio.. Klau g singapore, rugi kot x pergi sini.. Tu jer pun yg glamor Kat situ pun.. Nasib my boss tu still bujang..baik hati dan sgt sporting.. Layan kan kepala ibu mengandung ni..
 
Next day baru lah mulakan tugas yg sepatutnya..
 
selamat dating ke universal studio
bos yang sporting
unit pasukan audit dari mindef/ag/kastam

07 Ogos 2014 - 10 minggu kandungan

Hati ini x berapa sedap..

Masa mula2 g klinik untuk pengesahan pregnant doktor sedikit berkerut.. Doktor kata kelihatan janin sgt kecil..tp doktor kata mungkin masih awal.. Tu sbb masih belum kelihatan..
Doktor bagi next appointment.. Doktor suruh dtg apabila usia kandungan 10 minggu..
 
Ngam2 10w, mama pergi klinik sendiri tanpa pengetahuan ayah.. Konon want to surprise for my Husband..besday surprise lah katakana..
 
Alhamdulillah.. Doktor kata jantung baby dh kelihatan.. TAPI it's still same case.. Saiz baby masih kecil.. Jika diukur, tidak sama saiz serta beratnya mengikut minggu..dan kelihatan seperti rahim sgt2 berada di bawah.. Kelihatan kandungan mama sgt lemah..
Doktor still ckp, it's ok coz baru 10week..

Hailah hati.. Kenapa lah rasa hati ni x sedap sgt. Masa pregnant haikal xde pulak jadi mcm ni..selalu khabar gembira saje diterima.. Lain pula dengan pregnant kali ni..
Tp mama masih anggap itu semua hanyalah anggapan doktor.. Insyaallah baby mama dlm perut ni kuat dan sihat..
 
Mengikut kiraan, insyaallah mama akan bersalin pada 20/3/2015.. Tersenyum lebar masa tu.. Haikal pun dulu tarikh 20 juga..
 
Selesai mendapat khidmat nasihat doktor, mama pun balik. X sabar nak msg kat Husband walaupun dlm hati ni tuhan sahaja yg tahu
.